Majlis Penyerahan Projek Membina dan Menaiktaraf Kampung Budaya Terengganu
- Super User
- Berita Semasa
Majlis Penyerahan Projek Membina dan Menaiktaraf Kampung Budaya Terengganu telah berlangsung dengan jayanya, diserikan dengan kehadiran Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, iaitu Datoβ Shaharuddin Abu Sohot.
Β
Lawatan ini turut diisi dengan pelbagai pengisian menarik termasuk simulasi operasi Kampung Budaya Terengganu serta persembahan tarian tradisional yang mempamerkan keunikan warisan seni budaya negeri Terengganu.
Β
Dalam majlis yang sama, Muzium Negeri Terengganu turut terlibat dalam sesi penyerahan plak projek siap bagi kerja-kerja Pemulihan, Pemuliharaan, Ubahsuai dan Naiktaraf (PPUN) 2025. Antara projek yang terlibat termasuk:
Β
Naiktaraf Muzium Maritim dan Galeri Pelayaran di Kompleks Muzium Negeri Terengganu
Naiktaraf serta membaik pulih pagar hadapan dan pagar sisi Rumah Warisan Haji Su
Kerja-kerja berkaitan lain bagi memperkasa pemeliharaan warisan
Β
Muzium Negeri Terengganu diwakili oleh Pengarah, Iskandar Muhammad Aziz.
Β
Sebagai penutup lawatan, Datoβ KSU turut meluangkan masa melawat Rumah Warisan Haji Su di Kampung Losong Haji Su sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur.
Β
Majlis ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memelihara, memulihara serta memperkasa warisan budaya negeri demi manfaat generasi akan datang.






