Program PPRC Leadership Empowerment 2026
- Super User
- Berita Semasa
Program PPRC Leadership Empowerment 2026 membawa pendekatan santai tetapi bermakna melalui gabungan lawatan ilmiah dan aktiviti CSR berteraskan nilai SDG.
Dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Residensi Cendekiawan (PPRC), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), program ini menghimpunkan 40 peserta terdiri daripada pelajar dan kakitangan universiti.
Sepanjang program, para peserta berpeluang menyelami sendiri keunikan sejarah, budaya dan warisan Negeri Terengganu melalui lawatan ke beberapa lokasi bersejarah termasuk Rumah Warisan Haji Su.
Pengalaman ini bukan sahaja membuka perspektif baharu, malah menguatkan lagi rasa menghargai warisan tempatan.
Menariknya, program ini turut diselitkan dengan aktiviti CSR melalui penyerahan anak pokok kepada pihak muzium sebagai simbolik sokongan terhadap usaha pemeliharaan alam sekitar dan kelestarian warisan, satu langkah kecil dengan impak yang besar untuk masa depan.






