Muzium Negeri Terengganu menjemput anda ke Seminar Kearifan Tempatan 2026
- Super User
- Berita Semasa
Muzium Negeri Terengganu menjemput anda ke Seminar Kearifan Tempatan 2026 : Manuskrip Melayu & Kaligrafi Islam.
Satu ruang perkongsian ilmu yang menghimpunkan pakar, akademik dan pencinta warisan untuk sama-sama meneroka keindahan dan nilai manuskrip Melayu.
Seminar ini akan berlangsung pada 14 – 15 Julai 2026
bertempat di Dewan Batu Bersurat, Muzium Negeri Terengganu.
Ini adalah peluang terbaik untuk mendekati dan juga mendalami ilmu berkenaan manuskrip dan kaligrafi.
Sepanjang seminar ini, anda akan dengar sendiri kupasan menarik daripada orang mahir dalam bidang daripada sejarah manuskrip, seni kaligrafi hinggalah kepada kisah di sebalik warisan yang jarang dikongsi.
Yuran Penyertaan
RM80 (Pelajar)
RM200 (Orang Awam / Agensi / Persatuan)
Untuk pendaftaran, sila imbas kod qr yang diberikan dan untuk makluman, tempat terhad hanya kepada 200 orang terawal sahaja.
019 9398101 - En. Wan Annuar
014 8342657 - YM Sharifah Nazihah






