𝐏𝐄𝐌𝐈𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐓𝐋𝐈𝐓 𝐙𝐎𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐔𝐙𝐈𝐔𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟔
- Super User
- Berita Semasa
Kuala Terengganu menjadi saksi semangat kesukanan dan kebersamaan apabila sesi pemilihan atlit Zon Timur telah berlangsung dengan jayanya pada 21 hingga 22 April 2026.
Pemilihan ini menghimpunkan warga kerja daripada Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Lembaga Muzium Negeri Pahang.
Para peserta telah menunjukkan komitmen tinggi dalam pelbagai acara sukan yang dipertandingkan, iaitu Bolasepak, Badminton, Bowling dan juga Karom.
Menambah seri program, majlis sarapan bersama atlit pada 22 April 2026 di pekarangan Muzium Negeri Terengganu turut dimeriahkan dengan persembahan zapin yang memukau.
Tahniah diucapkan kepada semua atlit yang berjaya terpilih untuk mewakili Zon Timur ke Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2026 di Johor nanti.
Semoga terus bersemangat, berdisiplin dan memberikan prestasi terbaik demi mengharumkan nama zon.
Ayuh buktikan kehebatan anda di pentas sebena






