09-632 1200

Berita Semasa

Previous Next

kunjungan rasmi delegasi Kedutaan Perancis ke Muzium Negeri Terengganu

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

Pada 16 Mac 2026, Muzium Negeri Terengganu menerima kunjungan rasmi delegasi Kedutaan Perancis ke Malaysia yang diketuai oleh His Excellency Ambassador Marc Abensour, Duta Besar Perancis ke Malaysia.

Β 

Delegasi tersebut turut disertai oleh Benoit Hiberty (First Secretary), Thierry d’Anna (Counsellor for Co-operation and Cultural Affairs) serta Remi Waldung-Aigle (Chancellery Intern).

Β 

Ketibaan delegasi telah disambut dan diiringi oleh Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Tuan Haji Muhammad Iskandar bersama para pegawai muzium.Β 

Β 

Sepanjang lawatan, delegasi dibawa menelusuri beberapa galeri yang mempamerkan khazanah sejarah, seni kraf serta budaya masyarakat Terengganu.

Β 

Sepanjang lawatan tersebut, para delegasi menunjukkan minat yang mendalam terhadap kehalusan seni kraf tempatan serta keunikan budaya masyarakat Terengganu.

Β 

Lawatan ini bukan sahaja memberi peluang kepada delegasi untuk mengenali warisan negeri dengan lebih dekat, malah turut menjadi satu langkah bermakna dalam memperkukuh hubungan serta pertukaran budaya antara Malaysia dan Perancis melalui institusi muzium.

Kenali Artifak

Pasu Bertulis
Pasu Bertulis

IKUTI KAMI DI FACEBOOK

Maklumbalas Previous button | Polisi & Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Notis Perundangan

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Google Chrome atau Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1920x1080
Kemaskini terakhir :Β 27 Feb 2025 - 1.00 Petang
Hakcipta Terpelihara Β© 2026. Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Search