Aktiviti Program Piang Ujang
- Super User
- Berita Semasa
Β
Β
Β
27 Disember 2025, ketika hujan renyai-renyai masih setia menemani bumi Kuala Terengganu,dapur kecil di Muzium Negeri Terengganu sudah berasap seawal jam 7 pagi.
Β
Bukan sekadar memasak, tetapi menyediakan kenangan dengan penuh kasih sayang oleh kakitangan muzium sendiri.
Β
Ubi kayu rebus cicah kelapa, lempeng nyor yang harum, ubi keledek rebus, pulut gaul nyor, pisang rebus dan secawan kopi kawe,
Β
semuanya bukan sekadar juadah. Ia adalah rasa zaman kecil-kecil dulu, saat hidup lebih sederhana dan kebahagiaan hadir dalam bentuk yang paling ringkas.
Β
Ada pengunjung yang tersenyum, ada yang berkongsi cerita.
Β
Mereka kagum dengan kesungguhan kakitangan muzium yang bukan sahaja menjaga sejarah di dinding, tetapi menghidupkannya kembali di meja hidangan.Β
Β
Lebih bermakna apabila ibu bapa dapat menunjukkan kepada anak-anak mereka, βInilah makanan zaman kita dulu.β
Β
Yang hadir bukan sahaja dari Terengganu, pelbagai bangsa, pelbagai negeri, malah ada yang datang dari Singapura dapat merasai pengalaman ini.
Β
Di bawah satu bumbung, makanan tradisi menjadi bahasa yang menyatukan semua.
Β
Piang Hujan bukan sekadar program.
Ia adalah satu pengalaman bahawa kenangan boleh dimasak, diwariskan dan dirasai bersama.
Perlahan-lahan⦠terus ke hati






