Sambutan meraikan perolehan/koleksi Motor Sekoci (MNT 1976).
- Super User
- Berita Semasa
Sambutan meraikan perolehan/koleksi Motor Sekoci (MNT 1976).
Motor Sekoci yang telah berusia lebih 50 tahun ini telah dibeli dan dibaikpulih oleh Muzium Negeri Terengganu pada 9/9/2025 dari Kuala Kemasin, Bachok Kelantan.
Ia dibina pada tahun 1974 oleh tukang perahu dari Marang, Terengganu. Ini salah satu bukti kehebatan kerarifan tempatan tukang-tukang Terengganu dalam seni pembuatan perahu/ bot tradisional terengganu.
Motor sekoci merupakan inovasi sebuah perahu sekoci yang mengunakan layar di sekitar tahun 1960.
Perahu ini telah diubahsuai dengan penggunaan enjin apabila berlaku perkembangan dan penggunaan enjin secara meluas pada perahu pengangkutan di air oleh masyarakat umum termasuk golongan nelayan.
Penggunaan Perahu Sekoci di Negeri Terengganu boleh dikatakan di sepanjang pesisiran pantai bermula daripada kawasan Kuala Besut hingga ke Kuala Kemaman.
Paling ketara sehingga kini Motor Sekoci ini masih digunakan secara aktif oleh nelayan-nelayan di Kuala Kemasin, Bachok Kelantan.






