FESTIVAL HARI MUZIUM ANTARABANGSA PERINGKAT KEBANGSAAN 2025
- Super User
- Berita Semasa
FESTIVAL HARI MUZIUM ANTARABANGSA PERINGKAT KEBANGSAAN 2025
Β
Kini telah berlangsungβ¦
Β
Muzium Negeri Terengganu merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Lembaga Muzium Negeri Kedah kerana terpilih menjadi tuan rumah Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung bermula 23 hingga 29 Julai 2025, bertepatan pula dengan sambutan Tahun Melawat Kedah 2025.
Β
Dengan tema βThe Future of Museums in Rapidly Changing Communitiesβ, festival akan meraikanΒ semua peringkat pengunjung termasuk komuniti tempatan, institusi muzium, pelajar, penyelidik serta penggiat warisan dari dalam dan luar negara.
Β
Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti pameran muzium antarabangsa, demonstrasi permainan tradisional, pertandingan masakan, bengkel wau, bola sepak bendang dan Museum Fun Run.
Β
Majlis perasmian disempurnakan oleh KDYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Turut hadir YAB Menteri Besar Kedah serta tetamu kenamaan dari seluruh negara.
Β
Yang berdekatan atau yang merancang percutian ke Kedah, jangan lupa singgah di reruai pameran Muzium Negeri Terengganu, sesuatu yang menarik menanti anda disana






