09-632 1200
MAJLIS PERASMIAN INSPIRASI PELAJAR INOVASI MUZIUM ( IPIM )
- Super User
- Berita Semasa
Β
Β
Β Esok akan berlangsung satu MAJLIS PERASMIAN INSPIRASI PELAJAR INOVASI MUZIUM ( IPIM ) di Kompleks Muzium Negeri Terengganu. IPIM merupakan program pendidikan muzium antara Kementerian Perpaduan Negara menerusi Jabatan Muzium Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Matlamat program ini adalah untuk menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah dengan memberi pengalaman pembelajaran di institusi muzium. Di samping itu, guru boleh menjadikan institusi muzium ini sebagai sistem sokongan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang mantap dalam usaha peningkatan kemenjadian murid. Diharap program ini dapat mengeratkan lagi jiwa pelajar dengan sejarah dan budaya tempatan agar jatidiri tidak hilang dimamah zaman.