09-632 1200
Aidiladha 1446 H
- Super User
- Berita Semasa
Β
Β
Β Program Ibadah Korban 2025 Alhamdulillah, pada 10 Jun 2025 yang lalu, Kelab Sukan dan Kebajikan Muzium Negeri Terengganu telah berjaya menganjurkan Program Ibadah Korban yang penuh bermakna buat seluruh warga muzium. Seekor lembu telah selamat dikorbankan dalam suasana penuh tertib dan harmoni. Proses melapah daging dijalankan bersama-sama oleh kakitangan Muzium disertai semangat gotong-royong yang mengeratkan hubungan sesama kami. Sebahagian daging korban telah diagihkan kepada yang berhak menerima, manakala sebahagian lagi dimasak dengan penuh kasih sayang oleh kakitangan sendiri. Hidangan istimewa ini kemudiannya dijamu kepada seluruh warga Muzium dan tetamu yang hadir. Program ini bukan sekadar ibadah tapi ia menjadi medan menyemai kemesraan, menyubur semangat kerjasama dan mengukuhkan ukhwah antara kakitangan Muzium Negeri Terengganu. Semoga nilai murni ini terus subur dalam setiap program dan aktiviti yang akan datang. Semoga semua ahli kelab dan kakitangan terus menjalin ikatan harmoni. Terima kasih kepada semua yang terlibat!