MAJLIS PERASMIAN UJANA TENAGA
- Super User
- Acara Terkini
Satu lagi detik bersejarah tercipta di Kompleks Muzium Negeri Terengganu menerusi Majlis Perasmian UJANA TENAGA yang telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Terengganu di Dewan Mandalika.
UJANA TENAGA hadir sebagai wajah baharu daripada Galeri Petroleum, sebuah transformasi yang membawa pengalaman lebih segar, moden dan interaktif dalam memperkenalkan dunia tenaga kepada masyarakat.
Berinspirasikan evolusi ilmu, inovasi dan teknologi, galeri ini dibangunkan sebagai ruang yang bukan sahaja mendidik, malah memberi pengalaman lebih imersif kepada pengunjung untuk memahami perkembangan industri tenaga serta peranannya terhadap pembangunan negeri dan masa hadapan.
Selepas majlis perasmian berlangsung, KDYMM Pemangku Raja Terengganu turut berkenan melawat Galeri UJANA TENAGA bagi meninjau sendiri ruang pameran yang menampilkan elemen interaktif, pendidikan dan kelestarian.
Transformasi ini melambangkan komitmen berterusan dalam memperkasa pendidikan, menyemai inspirasi serta mendekatkan masyarakat dengan evolusi dunia tenaga dalam suasana yang lebih kontemporari dan bermakna.






