PERASMIAN PAMERAN ‘I LOVE SUSHI’
- Super User
- Acara Terkini
MAJLIS PERASMIAN PAMERAN ‘I LOVE SUSHI’
Majlis Perasmian Pameran “I Love Sushi” telah berlangsung dengan jayanya pada 15 Januari 2026 bertempat di Dewan Batu Bersurat, Muzium Negeri Terengganu.
Pameran ini dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusof bin Abdullah, Ahli Lembaga Muzium Negeri Terengganu, dengan disaksikan oleh tetamu kehormat, wakil jabatan kerajaan, institusi pendidikan, badan bukan kerajaan (NGO) serta orang awam.
Majlis dimulakan dengan ketibaan tetamu jemputan diikuti acara perasmian yang turut diserikan dengan ucapan khas oleh Mr. MACHIDA Shinya, Consul-General of Japan in Penang.
Seterusnya, simbolik pelepasan ikan koi telah diadakan sebagai lambang keharmonian, kesejahteraan dan hubungan budaya antara Malaysia dan Jepun.
Selesai perasmian, para tetamu dibawa melawat galeri pameran ‘I Love Sushi’ yang menampilkan sejarah sushi, kepelbagaian jenis sushi, bahan-bahan pembuatan serta nilai seni dan budaya dalam tradisi kulinari Jepun.
Pengunjung pada hari perasmian ini turut disajikan dengan hidangan sushi serta kuih-muih tradisional Melayu, mencerminkan perpaduan budaya melalui gastronomi.
Pameran ‘I Love Sushi’ berlangsung dari 15 Januari hingga 22 Februari 2026, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan orang ramai dijemput hadir untuk menikmati pengalaman unik yang menggabungkan seni, budaya dan makanan antarabangsa di Muzium Negeri Terengganu.







