Print

Muzium Daerah Kemaman

Ditulis pada . di dalam Uncategorised

 

PENGENALAN

Penubuhan Muzium Daerah Kemaman yang menfokuskan kepada individu-individu terbilang di negeri Terengganu telah dirancang dan dicetuskan oleh Jawatankuasa Pembangunan Muzium Daerah Kemaman dan telah diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Memandangkan negeri Terengganu memiliki ramai tokoh yang berjaya dalam pelbagai bidang sama ada di peringkat kebangsaan ataupun di peringkat antarabangsa, maka penubuhan Muzium Jasa Mu Dikenang ini dianggap perlu bagi mengenang jasa serta memberikan pengiktirafan yang sewajarnya kepada mereka yang berkenaan.

Insan yang mana dirinya ditonjolkan di dalam muzium ini merupakan antara jutaan rakyat negeri Terengganu yang amat berjaya di dalam bidang masing-masing sama ada dalam bidang pentadbiran, bidang sukan, bidang budaya, bidang agama, bidang sastera serta bidang pendidikan.

Diharapkan agar Muzium yang mempamerkan tentang biadota, pengorbanan, jasa serta perjuangan insan yang gemilang ini bakal memberikan 1001 maklumat yang berguna terutamanya kepada generasi baru agar mereka dapat mencontohi, menjiwai dan seterusnya mencontohi kejayaan tokoh-tokoh ini dalam bidang masing-masing dalam mengharumkan nama negeri dan juga Negara.

 

WAKTU OPERASI GALERI MUZIUM KEMAMAN

  • SABTU - KHAMIS 9.00 am - 5.00 pm
  • JUMAAT - tutup
  • KELEPASAN AM - 9.00 am - 5.00 pm
  • HARI RAYA PUASA / HAJI Ditutup pada Hari Raya 1 & 2

 

TIKET MASUK

 

ALAMAT LOKASI

Lot 132, Jalan Sulaimani, 24000 Cukai, Kemaman, Terengganu Darul Iman

 

TELEFON

09-8582701