Print

Kota Lama Duyong

Ditulis pada . di dalam Uncategorised

 

Kota Duyong ini telah dibina dalam tahun 1919 dan siap pada tahun 1920 oleh Dato’ Sura (Nik Muhamad bin Hitam) yang merupakan seorang hakim.

Kota yang diperbuat daripada bahan campuran seperti madu, kapur tohor, putih telur, pasir, batu dan sebagai lagi berukuran lebih kurung 400 meter persegi dan di dalamnya terdapat beberapa buah rumah umpamanya Rumah Bujang Berpeleh, Limas Bungkus dan limas Belanda. Tukang yang ditugaskan membinanya terdiri daripada Melayu dan Cina Singapura. Di dalam rumah inilah diadakan kelas belajar agama dan tempat belajar mengaji Al Quran.

Menyedari betapa pentingnya monumen ini kepada generasi akan datang, pihak Kementerian Kebudayaan dan Kesenian telah mengambil inisiatif membina semula kota yang rosak teruk akibat dilanda air deras ketika banjir tahun 1986. Pembinaan yang dibuat pada tahun 1996 dan siap bulan September 1999 ini berdasarkan kepada rekabentuk asal tanpa sebarang pindaan.

 

WAKTU OPERASI

  • Sabtu – Khamis & Hari Kelepasan Am
  • 9.00 pagi – 5.00 petang
  • Jumaat
  • 9.00 pagi – 12.00 tghr / 3.00 – 5.00 petang
  • Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Sahaja


TIKET MASUK