Imbas QR Kod
QRCode
      sila klik
 

Sahabat Muzium

Ditulis pada . di dalam Berita 2016

Sahabat Muzium

 

Sahabat Muzium merupakan satu flatform  yang relevan masakini dalam  mewujudkan jalinan yang menyeluruh muzium dengan masyarakat setempat dan diluar. “Sahabat Muzium” diwujudkan bagi merealisasikan peranan muzium dalam hubungannya dengan masyarakat serta menyediakan ruang sebagai komitmen masyarakat awam  membantu dan memikul tanggungjawab sosial bersama.

Pengwujudan “Sahabat Muzium”bermatlamatkan untuk sebagai satu medium penyaluran pendidikan pemuziuman, dan  mewujudkan satu team sebagai sukarelawan muzium dalam membantu dan menyemarakkan aktiviti pemuziuman yang bersifat kemasyarakatan.

 

Objektif

 

a. Menyediakan ruang untuk orang ramai membantu kerja-kerja pemuziuman sekaligus bertindak sebagai sukarelawan muzium dalam membantu jabatan menyemarakkan program-program yang dijalankan.

 

b. Menyediakan satu flatform membantu orang ramai untuk lebih memahami peranan muzium sebagai penyebar maklumat di samping menanam rasa cinta mereka terhadap muzium

 

c. Perkongsian dan percambahan ilmu dalam mengembangkan peranan muzium sebagai institusi pendidikan tidak formal yang mampu menyalurkan ilmu dalam pelbagai bidang dengan efektif

 

d. Mewujudkan duta-duta kecil sebagai agen promosi untuk menarik orang ramai berkunjung kemuzium.

e. Mengeratkan hubungan muzium dengan masyarakat luar.

 

           Syarat-syarat penyertaan

                 ·    Penyertaan terbuka pada  warganegara 18 tahun keatas.

                 ·    Sihat tubuh badan dan perawakan menarik

                 ·    Boleh membaca dan menulis

                 ·    Yuran Keahlian/pendaftaran  RM50.00 (setelah permohonan berjaya)

                 ·    Memiliki kemahiran

1)    Bahasa dan komunikasi

2)    Kesenian dan kebudayaan

3)    Keahlian dalam pelbagai disiplin ilmu.

 

Antara Manfaat Keahlian Sahabat Muzium

 

a.         Dapat menyertai aktiviti jabatan secara ekslusif secara berkala

 

b.         Diskaun 50% untuk tiket dan aktiviti jabatan yang berbayar.

 

c.         Kad keahlian dengan diskaun pembelian dari agensi terpilih

 

d.         Sehelai Kemeja T untuk aktiviti semasa.

 

e          Buletin Khazanah secara percuma untuk setiap keluaran

 

f.          Sijil Keahlian kepada ahli yang aktif.