Print

Rumah Warisan Haji Su, Lembaga Muzium Negeri Terengganu

Ditulis pada . di dalam Uncategorised

 
 
Kerja-kerja konservasi Rumah Haji Su bermula pada Jun 2014 dan berakhir pada penghujung Februari 2016. Di atas 3 lot tanah yang meliputi kawasan  seluas 0.4 hektar di Kampung Losong Haji Su, Kuala Terengganu. Terengganu, Malaysia  terdirinya  Rumah Limas Belanda (1940an) dan Rumah Bujang Berpeleh Berkembar Tiga (1850). 
 
Rumah bersejarah ini pada asalnya  dimiliki oleh  Allahyarham Haji Su Mohammed Salleh bin Haji Mohammed seorang tokoh yang sangat  berpengaruh dan merupakan pedagang kaya yang telah banyak memberikan sumbangan kebajikan di daerah ini. 
 
Pihak Kerajaan Negeri Terengganu melalui Lembaga Muzium Negeri Terengganu telah mengambil alih warisan beharga ini untuk dibaikpulih dan dikekalkan sebagai sumber ilmu yang sangat penting kepada generasi hari ini dan akan datang. Ianya melambangkan kemajuan teknologi tradisional, ketinggian nilai senibina dan budaya Melayu.