Print

Gotong-Royong Perdana

Ditulis pada . di dalam Berita

Program Gotong-royong Perdana yang dianjurkan oleh MBJ Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT) pada 16 Oktober 2019 telah berjalan dengan lancar yang dimulai dengan aktiviti senam seni. Selepas sarapan pagi, semua kakitangan LMNT menjalankan aktiviti gotong-royong yang meliputi kawasan bengkel dan loading bay, aktiviti mengecat konkrit kerb jalan, membersih keseluruhan kawasan Zon A (dalam dan luar bangunan) dan juga membersih setiap showcase di Galeri Muzium Negeri Terengganu. Program ini tamat pada jam 12.00 tengahari dan semua kakitangan disajikan dengan hidangan tenghari. Terima kasih di atas komitmen dan kerjasama yang jitu kepada semua kakitangan Muzium Negeri Terengganu.