Print

Pertandingan Muzik Gamelan Tradisional Sekolah-sekolah Terengganu

Ditulis pada . di dalam Berita

Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri dengan kerjasama Muzium Negeri Terengganu telah menganjurkan Pertandingan Muzik Gamelan Melayu di antara Sekolah-sekolah Terengganu pada 23 dan 24 September 2019 bertempat di Serambi Mandalika, Muzium Negeri Terengganu. Sebanyak 17 pasukan telah menyertai pertandingan tersebut. Juara pertandingan telah disandang oleh Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) yang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,500 beserta piala iringan, piala pusingan dan sijil penyertaan. Sementara itu, naib johan pula disandang oleh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Terengganu dengan hadiah wang tunai RM1,000, dan tempat ketiga, Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu sekali gus menerima hadiah RM750. Masing-masing pasukan turut membawa pulang piala iringan dan sijil penyertaan. Manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Sheikh Abdul Malek menerima Anugerah Khas juri bagi Persembahan Gamelan Melayu Tradisional.