Print

Majlis Perhimpunan Bulan September 2019

Ditulis pada . di dalam Berita

 
 
 
Pada 18 September 2019, Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT) telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bertempat di Dewan Batu Bersurat, Muzium Negeri Terengganu.
 
Majlis dimulakan dengan amanat daripada YBhg. Pengarah LMNT dan diakhiri dengan penyampaian sumbangan kepada mangsa ribut iaitu Cik Rohana binti Muda, Puan Zaleha binti Muda dan Puan Mazura binti Mamat.
 
Ia disusuli dengan Majlis Persaraan Puan Zaleha binti Muda, Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi, Bahagian Pentadbiran dan Integriti yang telah berkhidmat selama 37 tahun (05 Januari 1982 sehingga 18 September 2019).