Print

KOLOKIUM UMARA & ULAMA TERENGGANU 2018

Ditulis pada . di dalam Berita

KOLOKIUM UMARA & ULAMA TERENGGANU 2018

Kolokium Umara & Ulama Terengganu diadakan bagi memperingati 100 tahun pemergian dua tokoh besar negeri Terengganu iaitu Sultan Zainal Abidin III dan Tok ku Paloh. Sultan Zainal Abidin III adalah merupakan Sultan Terengganu ke 11 yang memerintah tahun 1881–1918. Baginda diakui sebagai sultan yang terkenal alim dan sangat akrab dengan ulama-ulama Terengganu ketika itu, khususnya Syeikhul Ulama, Syed Abdul Rahman Bin Syed Muhammad Al-Idrus atau lebih dikenali sebagai Tok Ku Paloh.

Kolokium ini lebih bertujuan untuk merungkai betapa besarnya yang dimainkan oleh kedua-dua tokoh tersebut dalam aspek pesejarahan negeri Terengganu. Peranan serta jasa yang pernah ditaburkan ketika mencorakkan sistem pentadbiran negeri dan perundangan, terutama dalam membentuk Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu pada tahun 1911.

Program seumpama ini seterusnya memberi peluang kepada masyarakat untuk lebih mengetahui, memahami serta menilai sumbangan besar Umara & Ulama Terengganu dalam mengembangkan pemikiran islam di rantau ini. Sejarah perkembangan dan Kemajuan Negeri Terenganu Darul Iman tidak mungkin lengkap pendokumentasiannya tanpa mengiktiraf peranan yang dimain oleh kedua tokoh ini.

Tradisi intelektual Islam yang diasaskan oleh kedua-dua tokoh ini perlu dinyatakan dengan meluas  dalam suatu perspektif keilmuan, agar ia dapat dihayati dan diperjuangkan seterusnya oleh generasi akan datang. Pembangunan negara dari segi sosio ekonomi amat perlu diberi penekanan kepada aspek-aspek pembangunan kerohanian dan intelektual untuk melahirkan masyarakat yang sejahtera. Penyebaran secara meluas pemikiran-pemikiran para umara, ulama dan ilmuan islam perlu dibuat secara serius agar tradisi intelek ini dapat diteruskan oleh generasi yang akan datang.

Penyertaan