Print

SEMINAR KEARIFAN TEMPATAN 2018

Ditulis pada . di dalam Berita

 

Kearifan Tempatan adalah ilmu pengetahuan yang berkait rapat dengan kebolehan dan kemahiran seseorang melahirkan sesuatu  yang mengagumkan. Ilmu kearifan tempatan merangkumi pelbagai bidang iaitu sejarah, pendidikan, sastera, maritim, perubatan tradisional, seni, pertukangan, pembinaan, pentadbiran, sains, pertanian dan perhutanan. Kearifan tempatan adalah sekumpulan maklumat, petunjuk, nasihat atau serangkai ilmu untuk strategi kehidupan serta menjadi alat untuk kelangsungan dan kedinamikan sesuatu bangsa. Sumbernya berbentuk lisan yang disampaikan melalui mulut dan dipanjangkan kepada satu generasi ke generasi lain ataupun dari sumber tulisan sama ada yang rasmi atau tidak.

 
Lembaga Muzium Megeri terengganu selaku badan yang bertanggungjawab dalam memelihara dan memulihara warisan budaya negeri mengambil inisiatif menganjurkan seminar kearifan tempatan dengan menumpukan bidang tekstil. Seminar ini diharap dapat menjada idea dan membincangkan halatuju masa depan kearifan tempatan dalam bidang tekstil. secara tuntas, program ini penting untuk mengumpul sebanyak mungkin maklumat berkaitan tekstil yang bersumberkan kepada kearifan tempatan dan nusantara. Langkah ini amat perlu bagi mengukuhkan lagi jati diri masyarakat terutamanya generasi muda yang kini kian pupus akibat pengaruh luaran dan asakan
 arus pemodenan. 
 
Objektif
 
Mengumpul maklumat tentang kaedah atau teknik yang digunakan oleh generasi terdahulu ketika menghasilkan sesuatu produk tekstil.
 
Mendokumentasi penghasilan generasi terdahulu yang berasaskan kearifan tempatan tekstil.
 
Melestarikan teras utama Muzium Negeri Terengganu iaitu memelihara dan memulihara warisan budaya.
 
Menghimpun sarjana dan penyelidik untuk melontar dan membincangkan dalam bidang tekstil