Imbas QR Kod
QRCode
      sila klik
 

SAMBUTAN MUZIUM ANTARABANGSA 2017

Ditulis pada . di dalam Berita

Logo Rasmi HMA2017

Tema Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Terengganu 2017 

Muzium dan Pertikaian Sejarah : "Mengungkapkan yang Tersirat"

Museums and contested histories : "Saying the Unspeakable in Museums"

 

Sejarah Sambutan hari Muzium Antarabangsa

Hari Muzium Antarabangsa yang dirayakan oleh muzium-muzium seluruh dunia pada 18 Mei setiap tahun adalah hasil resolusi Persidangan Majlis Muzium Antarabangsa ke-12 pada tahun 1977. Perayaan tahunan ini merupakan hari yang memberi pengertian besar kepada dunia permuziuman sejagat dalam usaha untuk menarik perhatian umum terhadap program dan aktiviti muzium. Perayaan yang diilhamkan oleh International Council of Museums (ICOM) ternyata mendapat sambutan yang baik apabila 102 buah negara  telah mengiktiraf dan mengambil inisiatif untuk memartabatkan perayaan Hari Muzium Antarabangsa ini. Bagi negara kita Malaysia, perayaan ini menunjukkan pengiktirafan kerajaan terhadap Institusi permuziuman di negara ini yang tidak ketinggalan memainkan peranan dalam usaha memartabatkan khazanah warisan negara.

Sambutan pertama peringkat kebangsaan dihoskan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti pada tahun 1997 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur. Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan di Malaysia mempunyai keunikan yang tersendiri apabila sistem penggiliran dipraktiskan dalam penganjuran ini.

 

Objektif

Sambutan Hari Muzium Antarabangsa adalah bertujuan :

·         Untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya peranan muzium di dalam kehidupan.

·         Sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap sumbangan serta peranan yang dimainkan oleh muzium.

      ·         Untuk memberi peluang dan kesempatan kepada orang ramai untuk mengunjungi dan mengenali muzium dengan                   lebih dekat dan menyertai berbagai aktiviti muzium.

·         Menarik minat masyarakat bersama-sama melindungi warisan budaya bangsa yang menjadi kebanggaan kita.

·         Pendedahan kepada kakitangan muzium bagi mengubah corak pemikiran ke arah yang lebih positif, proaktif dan                  inovatif bagi melahirkan sebuah muzium yang dapat memenuhi keperluan dan cita rasa masyarakat semasa.

·         Mewujudkan perpaduan serta jaringan kerjasama yang erat di kalangan muzium.