Print

Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderamata Sempena Pameran Terengganu Nelang.

Ditulis pada . di dalam Berita 2018

 

 

 
 
Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderamata Sempena Pameran Terengganu Nelang telah diadakan di Bilik Telepok, Kompleks Muzium Negeri Terengganu. Penyampaian disempurnakan oleh Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu sebagai tanda menghargai kerjasama para atlet di dalam menjayakan pameran tersebut  Pameran tersebut telah berlangsung  pada 9 Julai  hingga 31 Disember 2017. 
 
Seramai 20 atlet terlibat yang terdiri daripada Abd. Mubin Rahim (Angkat Berat), Chee Geok Whee (Badminton), Che Azrol Che Mat (Angkat Berat), Mohamad Fairus Abd. Jabal (Lawn Bowls), Mohd Hafifi Mansor (Angkat Berat), Mohd Noor Abdullah (Takraw), Mohd Putra Abd. Ghani (Takraw),  Nazmizan Mohamad (Olehraga), Nurul Syafiqah Hashim (Memanah), Siti Rahmah Mohd Nasir (Silat), Sofian Mohd (Basikal keliling Dunia secara Solo), Siti Rajiah Ali (Kenu), Muhamad Rafi Kori (Pendaki Everest),  Fakrul Aidib Mohamad Yusoff (Pendaki Everest), Syazwan Mohd Noor ( Go-Kart & Formula Future), Razak Ghazali (Silat) dan Mohamad Azwar Bakar@Ibrahim (Pingpong-Paralimpik).  
 
Penghargaan juga diberi kepada Terengganu Sycling Team (TSG), Majlis Sukan Terengganu (MSN) dan Pejabat Urusan Royal Terengganu Endurance (RTES) termasuk  penghargaan kepada Muzium Daerah Kemaman. Kesediaan dan kesudian para atlet meminjamkan koleksi peribadi masing-masing merupakan satu kerjasama yang sangat besar maknanya kepada Muzium Negeri Terengganu.  Koleksi-koleksi tersebut telah menjadi antara daya tarikan kepada pengunjung sepanjang pameran berlangsung.