Imbas QR Kod
QRCode
      sila klik
 

SEMINAR KEARIFAN TEMPATAN 2017

Ditulis pada . di dalam Berita

           Kearifan Tempatan adalah ilmu pengetahuan yang berkait rapat dengan kebolehan dan kemahiran seseorang melahirkan sesuatu  yang mengagumkan. Ilmu kearifan tempatan merangkumi pelbagai bidang iaitu sejarah, pendidikan, sastera, maritim, perubatan tradisional, seni, pertukangan, pembinaan, pentadbiran, sains, pertanian dan perhutanan. Menurut Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh, kearifan tempatan adalah sekumpulan maklumat, petunjuk, nasihat atau serangkai ilmu untuk strategi kehidupan serta menjadi alat untuk kelangsungan dan kedinamikan sesuatu bangsa. Sumbernya berbentuk lisan yang disampaikan melalui mulut dan dipanjangkan kepada satu generasi ke generasi lain ataupun dari sumber tulisan sama ada yang rasmi atau tidak.

 
Beberapa buah universiti dalam negara telah menganjurkan beberapa siri seminar dengan mendapat kerjasama erat daripada universiti-universiti di Indonesia bertujuan untuk mengumpul sebanyak mungkin maklumat yang bersumberkan kepada kearifan tempatan. Langkah ini amat perlu bagi mengukuhkan lagi jatidiri masyarakat terutamanya generasi muda yang kini kian pupus akibat pengaruh luaran. 
 
Objektif
 
Mengumpul maklumat tentang kaedah atau teknik yang digunakan ketika menghasilkan sesuatu produk
 
Menghargai dan menghayati tahap keintelektualan generasi terdahulu
 
Menilai dan menghayati kreativiti nenek moyang dalam menghasilkan produk.
 
Menghargai tahap kekuatan mental dan fizikal generasi terdahulu dalam mengharungi kehidupan seharian.
 
Meneliti kepintaran dan kemahiran pemikiran yang tinggi generasi terdahulu.
 
Mengumpul dan mendokumentasi semua penghasilan generasi terdahulu yang berasaskan kepada kearifan tempatan.
 
Membuat perbandingan dan analisa kreativiti dan inovasi antara generasi terdahulu dengan generasi sekarang.