Imbas QR Kod
QRCode
      sila klik
 

PAMERAN NEGERI CANTIK BUDAYA MENARIK

Ditulis pada . di dalam Berita 2017

 

 

PAMERAN NEGERI CANTIK, BUDAYA MENARIK

Pameran Negeri Cantik, Budaya Menarik merupakan aktiviti pertama Lembaga Muzium Negeri Terengganu 2017  yang bermula dari 1 Jan – 30 Jun 2017 bertempat di Ruang Foyer Muzium Negeri Terengganu mulai jam 9.00 pagi – 5.00 petang. Pameran dengan konsep memaparkan keindahan dan keunikan negeri melalui alam semula jadi dan budaya bertindak selaku medium promosi sempena Tahun Melawat Terengganu 2017.

Keindahan dan keunikan jajaran alam semulajadi negeri seperti laut, pantai, pulau-pulau dan taman laut telah mendapat perhatian dunia  serta  kepelbagaian  budaya turut menyumbang dan menjadi faktor tarikan masyarakat luar dan dalam untuk menikmati khazanah tempatan  tersebut.

Seni kraf, makanan, persembahan kebudayaan serta monumen dan tapak bersejarak antara elemen yang terus menyemarakkan  nama Negeri Terengganu sebagai salah satu destinasi pelancongan pilihan.

Antara objektif pameran adalah :

1.      Memperkenalkan negeri Terengganu kepada para pelancong dan penduduk tempatan mengenai  keindahan dan keunikan budaya dan   sejarahnya serta alam semulajadi.

2.      Mendidik masyarakat dan para pengunjung tentang kepelbagaian koleksi kearifan tempatan melalui elemen budaya  yang telah dipelopori oleh nenek moyang masyarakat Melayu.

3.      Memperkenalkan kepada pengunjung tentang kekayaan dan keunikan batuan, flora dan fauna yang bertebaran di seluruh pelusuk Negeri Terengganu.

4.      Sebagai salah satu medium promosi Tahun Melawat Terengganu 2017.

Bagi menrealisasikan objektif tersebut terdapat lebih dari lima puluh  koleksi artifak budaya dan foto-foto keindahan alam semulajadi dan tempat-tempat menarik menjadi kandungan dalam pameran tersebut,.  Pameran ini juga turut diisi dengan Pertandingan Melukis Citra Terengganu yang bakal mengumpul pelukis-pelukis luar dan tempatan bagi menvisualkan  imej Terengganu melalui medium senilukis.

 

Encik Fairuz , Urusetia Pameran Negeri Cantik, Budaya Menarik  mensasarkan pengunjung 50,000 pengunjung akan mengunjungi pameran ini yang berlangsung selama 6  bulan bermula pada awal tahun 2017.