Imbas QR Kod
QRCode
      sila klik
 

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Muzium Negeri Terengganu 2013

Ditulis pada . di dalam Berita 2013

Tahniah Tuan Haji Mohd Yusof bin Abdullah

Pada 30 April 2013 yang lalu berlangsungnya Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu 2013 bertempat di Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. YAB Dato' Seri Ahmad bin Said sebagai Menteri Besar Terengganu telah menyempurnakan majlis berkenaan yang dihadiri oleh YB Dato' Mazlan bin Ngah, Setiausaha Kerajaan Terengganu, pegawai-pegawai tertinggi, penjawat awam dari seluruh jabatan-jabatan dan agensi-agensi Negeri Terengganu.

Di majlis tersebut, Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Tuan Haji Mohd Yusof bin Abdullah telah terpilih sebagai salah seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2013. Beliau merupakan seorang yang mempunyai personaliti merendah diri, berdisiplin, inovatif dan kreatif. Sekalung tahniah diucapkan diatas kebolehan dan pencapaian beliau.

Pemilihan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2013 ini telah diputuskan oleh Panel Penilai Peringkat Negeri Terengganu. Menteri Besar juga telah menyampaikan APC kepada 50 orang penjawat awam negeri bermula dari Gred Utama ‘C’ hingga Gred R4 (KUP) dan semua penerima akan ditawarkan untuk menunaikan Haji/Umrah di Tanah Suci Makkah beserta wang tunai RM5,000.00 di bawah Program Anugerah Khas Kecemerlangan Perkhidmatan Negeri Terengganu.

Sementara itu, pada 05 Mei 2013, telah berlangsungnya Majlis Perhimpunan Bulanan di Muzium Negeri Terengganu sekaligus Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Peringkat Muzium Negeri Terengganu kepada kakitangan yang terpilih berdasarkan kepada komitmen dan kecemerlangan di dalam melaksanakan tugasan harian. 10 penerima bertuah menerima Sijil Penghargaan dan sedikit sumbangan saguhati sebagai pencetus semangat untuk terus lebih maju di dalam lapangan kerjaya.

Barisan Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Muzium Negeri Terengganu 2013

Penerima anugerah tersebut terdiri daripada Puan Suhaida binti Mohd Yusof, Y.M. Syed Othman bin Syed Ahmad, Encik Rasali@Rosli bin Jaafar, Encik Inche Mokhtar bin Awang, Puan Noor Asyikin binti Shuib, Encik Mohamad Zaidin bin Abdul Rahman, Encik Wahab bin Mamat, Hajah Cik Rokiah inti Yusof, Encik Razali bin Jusoh dan Puan Nor Azami bin Abd. Wahab. Tahniah diucapkan.