HEBAHAN

  • TIADA KEKOSONGAN JAWATAN BUAT MASA INI. Sekiranya, anda ada menerima sebarang makluman BUKAN daripada PORTAL RASMI MUZIUM NEGERI TERENGGANU yang TERKINI, sila abaikan. Maklumat lanjut anda boleh menghubungi terus KETUA BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN INTEGRITI, Puan Nik Nurul Nadia binti Nik Pa di talian .09-632.1207. Terima kasih dan Harap Maklum.

  • PENAFIAN BAHASA : Tuan/Puan yang dikasihi sekalian, laman yang akan dipaparkan selepas proses pengalihan bahasa adalah secara automatik oleh komputer. Kebarangkalian untuk kandungan itu berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi daripada kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal yakni di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Terima kasih didahulukan dan harap maklum.

Muzium Terengganu Sasar 250,000 Pengunjung

Ditulis pada . di dalam Berita 2013

KUALA TERENGGANU - Lembaga Muzium Negeri Terengganu menyasarkan kira-kira 250,000 pelawat mengunjungi Muzium Negeri bagi menyaksikan beberapa pameran yang dirancang sepanjang tahun ini.

Pengarahnya, Mohd. Yusof Abdullah yakin sasaran tersebut dicapai memandangkan pihaknya akan menganjurkan tiga pameran khas yang bakal menjadi tumpuan utama pelawat tempatan dan pelancong tahun ini.

Katanya, tiga pameran tersebut akan dimulakan dengan Pameran Khazanah Kampung Cina-Kebaya bermula bulan ini dan diikuti Pameran Inovasi dan Kreativiti Tradisional serta Pameran Binatang Berbisa.

"Tahun lalu, kita berjaya mencapai sasaran 200,000 pengunjung yang melawat muzium ini dan kita yakin sasaran pada tahun ini akan tercapai.

"Selain pameran khas yang kita adakan, pameran sedia ada di muzium juga mampu menarik ramai pengunjung memandangkan tahun ini adalah Tahun Melawat Terengganu (TMT)," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ujar beliau, pihaknya juga menjangkakan sasaran pengunjung dapat dicapai melalui promosi tiket separuh harga bagi mereka yang melangsungkan sebarang majlis keraian di kawasan muzium berkenaan.

Jelasnya, orang ramai yang menganjurkan atau hadir majlis yang dilangsungkan di sini akan ditawarkan tiket separuh harga untuk masuk ke muzium.

"Sejak beberapa tahun ini, kita mendapat banyak permohonan daripada orang awam untuk mengadakan majlis perkahwinan di sini dan untuk tahun ini, setiap hari ada sahaja majlis dijalankan di kawasan ini.

"Bagi menghargai mereka, pada tahun ini kita memberikan tawaran tiket separuh harga untuk masuk ke muzium dan ini merupakan pertama kali kita tawarkan untuk orang ramai," jelasnya.