Imbas QR Kod
QRCode
      sila klik
 

TMT 2013 Jana Pendapatan RM62 Bilion

Ditulis pada . di dalam Berita 2013

Kerajaan negeri menjana pendapatan kira-kira RM62 bilion hasil kedatangan empat juta pengunjung dari dalam dan luar negeri sepanjang sambutan Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee, berkata kempen TMT 2013 berjaya dilaksanakan dengan jaya sekaligus menyumbang kepada peningkatan kedatangan pelancong ke negeri ini khususnya di pulau dan juga Tasik Kenyir, berbanding sebelum ini.

“Seramai empat juta pelancong dari dalam dan luar negara berjaya direkodkan sepanjang 2013 ini dengan jumlah pendapatan sepanjang tempoh itu pula dianggarkan sebanyak RM62 bilion,” katanya ketika berucap sempena merasmikan Penganjuran Malam Aprisiasi Penggiat Industri Pelancongan dan Media Negeri Terengganu serta Pra Pelancaran Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014, di Permai Hotel, Kuala Terengganu, malam tadi. Turut hadir, Pengurusan Kanan Tourism Terengganu, Haji Ishamudin Hashim dan Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu, Encik Mohd Sabri Zakaria. Dato’ Mohd Jidin berkata, bagi memastikan Terengganu terus menjadi destinasi pilihan, kerajaan negeri juga berhasrat menjadikan kempen TMT berterusan sejajar dengan inisiatif menjadikan industri pelancongan sebagai penyumbang utama ekonomi negeri tercapai.

Dalam pada itu juga, beliau berharap TMM 2014 yang akan menyusl dengan tahun Perayaan 2015 sebagaimana pengumuman Perdana Menteri menerusi pembentangan bajet dua bulan lalu menjadi pemangkin kepada hasrat itu. “Seiring dengan itu, kerajaan negeri mengambil langkah memfokuskan promosi dan pembengunan kepada empat produk pelancongan utama negeri seperti pertama, pulau dan pantai; kedua, Kuala Terengganu Bandaraya Warisan pesisir Air; ketiga, Tasik Kenyir dan keempat, produk-produk pelancongan yang merangkumi seni dan budaya, sejarah dan warisan, taman rekreasi, hutan simpan dan air terjun, Setiu Wetland dan penyu,” katanya. Beliau sebelum itu berkata, kerajaan negeri menyambut baik dan penyokong penuh uasaha kerajaan Pusat menganjurkan TMM 2014 seterusnya menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama dunia. Katanya, langkah itu dimulakan lebih awal oleh kerajaan negeri menerusi penganjuran TMT 2013 bagi memastikan Terengganu lebih bersedia dari segi promosi, infrastruktur pelancongan, pakej pelancongan dan program pelancongan sempena TMM 2014 nanti.