Imbas QR Kod
QRCode
      sila klik
 

Program Khidmat Masyarakat

Ditulis pada . di dalam Berita 2013

Rentetan daripada fenomena banjir yang melanda di sekitar Pantai Timur, kakitangan Muzium Negeri Terengganu telah mengambil inisiatif murni dengan melancarkan tabung kilat untuk membantu mangsa-mangsa banjir di daerah Kemaman.

Seramai 14 orang kakitangan yang telah mengikuti misi satu hari ini bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir di daerah Kemaman. Antara bantuan-bantuan yang diterima ialah bekalan makanan, minuman, pakaian, tudung, keperluan harian, lampin pakai buang, susu formula dan pelbagai keperluan lain.