Imbas QR Kod
QRCode
      sila klik
 

‘KHAZANAH’ Telah Berjaya Meraih Anugerah Penerbitan Terbaik

Ditulis pada . di dalam Berita 2013

 

Majalah Khazanah terbitan Lembaga Muzium Negeri Terengganu berjaya meraih  tempat pertama dalam Kategori Penerbitan Hadiah Suar Bahasa Peringkat Wilayah Timur 2013. Majlis tersebut telah diadakan pada8 Zulhijjah 1434H bersamaan 13 Oktober 2013,  anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur  sempena  Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2013 Peringkat Negeri Kelantan.  Majlis Penyampaian Hadiah Suar Bahasa Peringkat Wilayah Timur 2013 bertempat di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu, Kelantan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob dan turut dihadiri Rusli Abd Ghani, Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka. Anugerah berupa hadiah berupa wang tunai, piala dan sijil penghargaan telah disampaikan diterima kepada Tn. Haji Mohd Yusof bin Abdullah, Pengarah lembaga Muzium Negeri Terengganu.