Imbas QR Kod
QRCode
      sila klik
 

Stadium Sultan Mizan Dibuka Semula Februari 2015

Ditulis pada . di dalam Berita 2014

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak boleh digunakan semula bermula Februari tahun depan, kata Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman.

“Saya diberi jaminan oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) stadium sepatutnya siap pada pertengahan bulan Januari 2015, tetapi ada sedikit masalah dan dijangka selewat-lewatnya akhir bulan pembaikan siap dijalankan kecuali dari segi elektrik.

“Pada bulan Februari, stadium ini dapat digunakan bagi perlawanan siang hari, manakala pada April dijangka kita boleh mulakan perlawanan pada malam hari apabila pendawaian termasuk pencayaan siap sepenuhnya pada bulan Mac,” katanya selepas mesyuarat mingguan exco di Wisma Darul Iman.

Stadium yang menelan belanja RM292.9 juta itu siap dibina pada Mei 2008, namun pada 2 Jun 2009, sebahagian bumbung utamanya runtuh dan terpaksa ditutup untuk kerja baik pulih.

 

Sumber : Portal Rasmi Kerajaan Negeri Terengganu