Imbas QR Kod
QRCode
      sila klik
 

Pentadbiran & Perkhidmatan

Ditulis pada . di dalam Uncategorised

JUSTIFIKASI AKTIVITI

1.            AKTIVITI : Pengurusan & Sumber Manusia

2.            MAKSUD :

3.            PROGRAM : Pentadbiran Dan Perkhidmatan

4.            TUJUAN PROGRAM

Bahagian ini merupakan nadi kepada perancangan dan pelaksanaan seluruh jentera pengurusan Muzium Negeri Terengganu. Selari dengan kemajuan dan perkembangan  aktiviti Muzium, peranan bahagian ini semakin bertambah dan semakin mencabar

5.            PENJELASAN PROGRAM

Bahagian ini mengendalikan hal-hal yang berkaitan Pentadbiran Am, termasuk pentadbiran, perjawatan dan perkhidmatan serta mengendalikan hal-hal keselamatan, pengurusan bangunan dan kawasan Muzium.

Di antara bidang tugas yang dilaksanakan di dalam urusan Pentadbiran Am ini termasuklah :-

1. Mengurus hal-hal perjawatan dan pelantikan kakitangan sama ada tetap dan sementara.

2. Menyelenggara fail, rekod perkhidmatan kakitangan serta rekod jabatan.

3. Menyelenggara kursus, seminar serta latihan kakitangan.

4. Menyelenggara tender atau sebutharga berhubung dengan aspek keselamatan, kebersihan serta keceriaan bangunan serta kawasan Muzium Negeri.

5. Mengendalikan tugas berkaitan penerimaan dan penghantaran surat.

6. Melaksanakan urusan taip-menaip surat serta laporan jabatan.

Selain itu, Bahagian Pentadbiran juga terbabit secara langsung dengan aktiviti –aktiviti yang dijalankan oleh bahagian-bahagian lain di Muzium Negeri Terengganu. Semoga dengan pembabitan ini mengeratkan lagi silaturrahim antara warga Muzium dan memantapkan lagi keberkesanan jabatan.