Imbas QR Kod
QRCode
      sila klik
 

Sumber Alam dan Ekonomi

Ditulis pada . di dalam Uncategorised

JUSTIFIKASI  AKTIVITI

1.            AKTIVITI : Pengurusan Muzium

2.            MAKSUD :

3.            PROGRAM : Sumber Alam dan Ekonomi

4.            TUJUAN PROGRAM

Menyediakan koleksi flora, fauna, batu batan dan galian untuk tujuan rujukan, penyelidikan dan pameran dalam usaha mendapatkan contoh tumbuhan-tumbuhan dan haiwan yang telah, sedang dan akan pupus. Keutamaan diberikan kepada koleksi yang terdapat di Negeri Terengganu.

5.            PENJELASAN PROGRAM

Sebagai sebuah negara yang mempunyai iklim equatorial, negara kita Malaysia sememangnya kaya dengan kepelbagaian flora yang berusia jutaan tahun yang menjadikan negara kita terkenal dengan hutan tropikanya. Selain dari itu negara kita juga kaya dengan pelbagai spesies fauna yang mendiami daratan dan lautan yang luas terbentang.

Sejak kebelakangan ini, negara kita dilanda ancaman kepupusan spesies haiwan dan tumbuhan akibat daripada kerakusan manusia mengejar pembangunan dengan mengganggu dan menceroboh habitat mereka dengan rakusnya.

Sebagai sebuah agensi yang diamanahkan untuk memelihara warisan negara, maka Muzium Negeri Terengganu telah mengambil daya usaha untuk menyediakan contoh flora, fauna serta batuan dan mineral untuk tujuan rujukan dan penyelidikan serta penyimpanan secara sistematik sebelum berlakunya kepupusan yang amat ditakuti.

Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan  meliputi kerja-kerja seperti berikut:

  1. Merancang dan menyusun beberapa kembara nekad atau ekspidisi harian untuk mengumpul dan memungut segala jenis spesies haiwan mamalia, reptilia, amfibia, burung, hidupan aquatik, serangga, tumbuh-tumbuhan serta batu batan dan mineral yang terdapat dalam Negeri Terengganu.
  2. Mengenalpasti spesimen-spesimen yang telah dikumpul dan rekod segala butiran yang berkaitan ke dalam Buku Pendaftaran, Kad Perolehan dan Kad Tag.
  3. Mengawet dan membentuk semula spesimen tersebut untuk tujuan pameran, penyelidikan dan rujukan saintifik.
  4. Mewujudkan pengkalan data bagi koleksi-koleksi yang telah diperolehi.
  5. Menyebarkan maklumat-maklumat hasil kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan kepada masyarakat melalui pameran dan penerbitan muzium.