Imbas QR Kod
QRCode
      sila klik
 

Sejarah

Ditulis pada . di dalam Uncategorised

JUSTIFIKASI AKTIVITI

1.            AKTIVITI : Pengurusan Muzium

2.            MAKSUD :

3.            PROGRAM : Sejarah

4.            TUJUAN PROGRAM

Aktiviti yang dilaksanakan oleh Bahagian Sejarah adalah merangkumi menyelidik, mengenal pasti, mengumpul, mendokumentasi dan menyebar maklumat sejarah dalam bentuk bercetak kepada orang ramai khususnya agensi kerajaan, pelajar-pelajar IPTA, Maktab, dan orang perseorangan. Semua hasil-hasil kajian sejarah yang diperolehi akan disebar melalui pameran, seminar dan bahan bercetak bertujuan memberi ruang kepada ahli masyarakat untuk menghayati dan mengenali warisan tinggalan nenek moyang mereka.

Maklumat yang dikumpul akan dijadikan sebagai bahan rujukan dan panduan kepada generasi yang akan datang, betapa kita telah melalui suatu tempoh persejarahan yang sangat panjang dan kita sentiasa berevolusi seterusnya berkembang hingga kehari ini. 

Bahagian Sejarah juga mahu menggalakkan semua kakitangan memainkan peranan lebih proaktif melakukan kerja penyelidikan dan seterusnya mendokumentasikan semua maklumat untuk kepentingan warisan negeri dan bangsa.

Selain itu, bahagian sejarah akan cuba memainkan peranan yang lebih aktif berkaitan aktiviti-aktiviti tadi dengan mengadakan seminar yang diharap dapat menjadi suatu kesinambungan dalam usaha memperkayakan sumber ilmu dan maklumat khususnya mengenai Terengganu.

5.                   PENJELASAN PROGRAM

Aktiviti penyelidikan yang disertai dengan pengumpulan maklumat dapat memberi gambaran yang jelas dan tepat kepada penyelidik-penyelidik.  Program ini akan turut menonjolkan lebih banyak fakta sejarah yang selama ini masih lagi tersembunyi dan yang belum diselusuri. Maklumat-maklumat tadi kemudiannya disalurkan dan dikembangkan kepada pengkaji-pengkaji terutamanya pelajar dan ianya menjadi titik pencetus kepada kajian-kajian lanjutan di masa-masa yang akan datang.