HEBAHAN

  • TIADA KEKOSONGAN JAWATAN BUAT MASA INI. Sekiranya, anda ada menerima sebarang makluman BUKAN daripada PORTAL RASMI MUZIUM NEGERI TERENGGANU yang TERKINI, sila abaikan. Maklumat lanjut anda boleh menghubungi terus KETUA BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN INTEGRITI, Puan Nik Nurul Nadia binti Nik Pa di talian .09-632.1207. Terima kasih dan Harap Maklum.

  • PENAFIAN BAHASA : Tuan/Puan yang dikasihi sekalian, laman yang akan dipaparkan selepas proses pengalihan bahasa adalah secara automatik oleh komputer. Kebarangkalian untuk kandungan itu berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi daripada kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal yakni di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Terima kasih didahulukan dan harap maklum.

Etnologi

Ditulis pada . di dalam Uncategorised

JUSTIFIKASI AKTIVITI

1.            AKTIVITI : Pengurusan Muzium

2.            MAKSUD :              

3.            PROGRAM : Etnologi

4.            TUJUAN AKTIVITI

Aktiviti yang dijalankan oleh bahagian Etnologi ialah penyelidikan, dokumentasi, pengumpulan koleksi, penyebaran maklumat, penerbitan serta pendidikan kepada umum berkaitan kebudayaan dan kesenian serta warisan negeri, negara dan serantau bagi penduduk negeri Terengganu khasnya dan Malaysia amnya.

5.            PENJELASAN AKTIVITI

Muzium merupakan agensi  yang diamanahkan untuk memelihara warisan negara, maka Bahagian Etnologi bertanggungjawab terhadap penyelidikan, dokumentasi dan seterusnya pendidikan terhadap memelihara warisan kebudayaan serta kesenian yang berlaku di negeri Terengganu khasnya dan Malaysia amnya.

Menitikberatkan aktiviti penyelidikan dan pengumpulan bahan-bahan bermaklumat berkaitan sejarah kebudayaan masyarakat berbilang kaum dan juga etnik.  Segala bahan dan maklumat yang diperolehi akan dijadikan sebagai bahan  rujukan  jabatan kepada para penyelidik, pelajar pelbagai peringkat dan juga masyarakat berbilang kaum di Malaysia mahupun luar negara.