HEBAHAN

  • TIADA KEKOSONGAN JAWATAN BUAT MASA INI. Sekiranya, anda ada menerima sebarang makluman BUKAN daripada PORTAL RASMI MUZIUM NEGERI TERENGGANU yang TERKINI, sila abaikan. Maklumat lanjut anda boleh menghubungi terus KETUA BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN INTEGRITI, Puan Nik Nurul Nadia binti Nik Pa di talian .09-632.1207. Terima kasih dan Harap Maklum.

  • PENAFIAN BAHASA : Tuan/Puan yang dikasihi sekalian, laman yang akan dipaparkan selepas proses pengalihan bahasa adalah secara automatik oleh komputer. Kebarangkalian untuk kandungan itu berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi daripada kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal yakni di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Terima kasih didahulukan dan harap maklum.

Perpustakaan

Ditulis pada . di dalam Uncategorised

JUSTIFIKASI AKTIVITI

1.            PROGRAM : Pameran Dan Pendidikan

2.            MAKSUD :

3.            AKTIVITI : Perpustakaan

4.            TUJUAN PROGRAM

Bahagian Perpustakaan dipertanggungjawapkan untuk mengurus, merancang, melaksana dan mengawalselia setiap aktiviti berkaitan Perpustakaan dan sebaran ilmu serta maklumat secara massa di Muzium Negeri Terengganu.

5.            PENJELASAN PROGRAM

Proses kerja dan tanggungjawap bahagian Perpustakaan melibatkan tiga proses  (3P) :-

5.1.         Perolehan Bahan

Bahagian ini bertanggungjawab memanta dan mencari sumber bahan yang sesuai untuk dijadikan koleksi mengikut piawaian dan standard yang telah ditetapkan dan mendapatkan perolehan dengan cara pembelian.

5.2.         Penggunaan Bahan

Semua bahan yang diperolehi akan didaftarkan mengikut sistem dalam data maklumat berkaitan bahan dan dipamerkan dirak-rak untuk kegunaan jabatan, kakitangan dan penyelidik luar yang berkunjung ke perpustakaan bagi tujuan membuat kajian.

5.3.         Pemuliharaan Bahan

Bahan akan sentiasa dipantau bagi memastikan bentuk dan keadaan fizikalnya sentiasa berada dalam situasi baik. Proses pembaikan mengikut kerosakan dan jika teruk akan dihantar ke Bahagian Konservasi untuk rawatan secara intensif.