Imbas QR Kod
QRCode
      sila klik
 

Pameran

Ditulis pada . di dalam Uncategorised

JUSTIFIKASI AKTIVITI

1.            AKTIVITI : PAMERAN DAN PENDIDIKAN

2.            MAKSUD :

3.            PROGRAM : PAMERAN

4.            TUJUAN AKTIVITI

Aktiviti yang dijalankan oleh bahagian ini ialah melaksanakan pameran yang dirancang oleh jabatan mengikut aktiviti kalendar tahunan. Pameran menjadi sumber penyaluran ilmu dan perkongsian maklumat melalui pameran sementara dan pameran bergerak.

5.            MATLAMAT

Penyaluran dan perkongsian maklumat yang diajukan melalui pameran adalah bermatlamat supaya setiap ahli masyarakat terutamanya golongan muda dapat mengenali dan menghayati kehebatan dan kekuatan minda nenek moyang mereka. Golongan ini juga dapat mengenali jatidiri mereka agar menghargai pengorbanan generasi terdahulu dalam usaha membangun dan mempertahankan budaya dan tanah air tercinta.

6.            PENJELASAN AKTIVITI

Pameran merupakan aktiviti utama muzium dalam menyebar maklumat kepada masyarakat agar menanam perasaan penghargaan dan mencintai warisan nenek moyang yang bertungkus lumus membentuk tamadun bangsa.

Pelbagai pameran diadakan oleh muzium dalam menyebarkan maklumat terkini untuk mendekatkan masyarakat dengan muzium serta memberi khidmat nasihat dan kepakaran teknikal berkaitan pameran kepada agensi kerajaan dan swasta.

Berpandukan kepada kemahiran yang dimiliki oleh kakitangan muzium semua maklumat dapat disampaikan mengikut perancangan yang dibuat seperti kaedah audio visual, pameran, aktiviti sampingan, museologi dan sebagainya.