HEBAHAN

  • TIADA KEKOSONGAN JAWATAN BUAT MASA INI. Sekiranya, anda ada menerima sebarang makluman BUKAN daripada PORTAL RASMI MUZIUM NEGERI TERENGGANU yang TERKINI, sila abaikan. Maklumat lanjut anda boleh menghubungi terus KETUA BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN INTEGRITI, Puan Nik Nurul Nadia binti Nik Pa di talian .09-632.1207. Terima kasih dan Harap Maklum.

  • PENAFIAN BAHASA : Tuan/Puan yang dikasihi sekalian, laman yang akan dipaparkan selepas proses pengalihan bahasa adalah secara automatik oleh komputer. Kebarangkalian untuk kandungan itu berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi daripada kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal yakni di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Terima kasih didahulukan dan harap maklum.

Fotografi

Ditulis pada . di dalam Uncategorised

JUSTIFIKASI AKTIVITI

1.            PROGRAM : PAMERAN DAN PENDIDIKAN

2.            MAKSUD :

3.            AKTIVITI : FOTOGRAFI

4.            TUJUAN AKTIVITI

Bahagian Fotografi dipertanggungjawabkan untuk mendokumentasikan aktiviti yang diadakan sepanjang tahun mengikut kalendar aktiviti mahupun aktiviti@tugasan yang diarahkan dari masa ke semasa di Muzium Negeri Terengganu. Selain daripada itu penyeliaan dan penyelenggaraan peralatan fotografi dilakukan bagi melancarkan segala tugasan mendatang. Aktiviti-aktiviti di muzium banyak melibatkan barangan seperti alat pengcahayaan, pengimbas, printer, mobile hard disk, peralatan fotografi, cd, dvd, kertas gambar, bateri, dakwat, mesin pencetak dan kad memori.

5.            PENJELASAN AKTIVITI

Proses Kerja Bahagian Fotografi melibatkan 3 orang Jurufotografi yang akan ditugaskan dalam   mendokumentasikan aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun di Muzium Negeri Terengganu. Jurufotografi akan melakukan penyeliaan dan penyelenggaraan keatas peralatan-peralatan fotografi milik Muzium Negeri Terengganu bagi memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar.

Studio fotografi memerlukan penambahbaikan memandangkan peralatan pengcahayaan yang sedia ada tidak lagi dapat digunakan maka Bahagian Fotografi memerlukan satu set peralatan pengcahayaan yang baru bagi membolehkan studio fotografi digunakan seperti sedia kala. Buat masa ini set pengcahayaan mudah alih menggunakan flash kamera. Oleh itu penggunaan yang kuantiti besar tidak dapat dilakukan dengan baik. Selain daripada itu, Bahagian Fotografi memerlukan bekalan foto tables bagi menggantikan foto table yang telah rosak.

Bahagian fotografi juga memerlukan alat pencetak baru bersaiz A3 bagi menggantikan alat pencetak yang telah rosak. Alat pencetak bersaiz demikian dapat mencetak pelbagai saiz gambar dan semua dokumen.