HEBAHAN

  • TIADA KEKOSONGAN JAWATAN BUAT MASA INI. Sekiranya, anda ada menerima sebarang makluman BUKAN daripada PORTAL RASMI MUZIUM NEGERI TERENGGANU yang TERKINI, sila abaikan. Maklumat lanjut anda boleh menghubungi terus KETUA BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN INTEGRITI, Puan Nik Nurul Nadia binti Nik Pa di talian .09-632.1207. Terima kasih dan Harap Maklum.

  • PENAFIAN BAHASA : Tuan/Puan yang dikasihi sekalian, laman yang akan dipaparkan selepas proses pengalihan bahasa adalah secara automatik oleh komputer. Kebarangkalian untuk kandungan itu berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi daripada kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal yakni di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Terima kasih didahulukan dan harap maklum.

Pameran dan Pendidikan

Ditulis pada . di dalam Uncategorised

MEMORANDUM PROGRAM

1.            PROGRAM : SEKTOR PAMERAN DAN PENDIDIKAN

2.            TUJUAN PROGRAM

Program ini bertujuan menyebarkan maklumat mengenai sejarah dan budaya Negeri Terengganu kepada pelawat tempatan dan luar disamping pelajar-pelajar yang merangkumi semua peringkat pendidikan. Penyebaran maklumat dengan cara mengadakan pelbagai pameran yang dirancang dalam satu-satu tahun samada pameran sementara, pameran bergerak atau pameran khas. Sektor ini bertanggungjawab merancang beberapa strategi penting melalui bahagian perhubungan dan pemasaran memperkenalkan peranan muzium kepada semua peringkat masyarakat dengan cara menyebarkan maklumat berbentuk brosur kepada agensi pelancongan, perhotelan dan sebagainya. Di samping itu beberapa program berkaitan muzium dirangka dan dipersembahkan kepada orang ramai.

Dalam bidang pendidikan pihak sektor telah merancang dan merangka beberapa program berbentuk pendidikan kepada pelajar-pelajar sekolah termasuk IPT seperti mengadakan ceramah. Dalam bidang perpustakaan, sektor ini akan memastikan semua buku perolehan mempunyai kaitan dengan bidang permuziuman supaya mudah dijadikan bahan rujukan kepada semua kakitangan muzium dan penyelidik.

3.            PENJELASAN PROGRAM

Sektor Pameran dan Pendidikan memain peranan penting dalam usaha memperkenal peranan muzium dan menyebar maklumat kepada masyarakat.

Sektor ini melibatkan beberapa bahagian:-

  1. Pameran
  2. Pendidikan
  3. Fotografi
  4. Perpustakaan
  5. Perhubungan dan Pemasaran

Semua bahagian yang tersebut ini memainkan peranan penting dalam usaha mencapai misi dan visi jabatan.