HEBAHAN

  • TIADA KEKOSONGAN JAWATAN BUAT MASA INI. Sekiranya, anda ada menerima sebarang makluman BUKAN daripada PORTAL RASMI MUZIUM NEGERI TERENGGANU yang TERKINI, sila abaikan. Maklumat lanjut anda boleh menghubungi terus KETUA BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN INTEGRITI, Puan Nik Nurul Nadia binti Nik Pa di talian .09-632.1207. Terima kasih dan Harap Maklum.

  • PENAFIAN BAHASA : Tuan/Puan yang dikasihi sekalian, laman yang akan dipaparkan selepas proses pengalihan bahasa adalah secara automatik oleh komputer. Kebarangkalian untuk kandungan itu berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi daripada kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal yakni di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Terima kasih didahulukan dan harap maklum.

Pemuliharaan Monumen Dan Tapak Sejarah

Ditulis pada . di dalam Uncategorised

MEMORANDUM PROGRAM
 
 
1.            AKTIVITI             :               KONSERVASI
2.            MAKSUD             :
3.            PROGRAM          :               Pemuliharaan Monumen Dan Tapak Sejarah
 
4.            TUJUAN PROGRAM       
 
Menjadi tanggungjawab setiap negara di dunia ini untuk melindungi dan mengekalkan nilai warisan budaya semulajadi nya tanpa ada sebarang batasan kepada perletakannya. Warisan-warisan budaya dan semulajadi tidak hanya penting kepada negeri yang mana ianya ditemui tetapi kepada seluruh dunia dan manusia sejagat. Warisan ini dianggapkan mempunyai nilai keunggulan sejagat (outstanding universal value). Warisan-warisan ini tidak akan dapat diganti dan kehilangannya bererti kerugian kepada manusia seluruh dunia. Adalah menjadi tanggungjawab bahagian pemuliharaan monumen dan tapak bersejarah untuk memastikan kepentingan sejagat ini bebas dari bahaya dan ancaman kemusnahan dan keluputan dengan menjalankan aktiviti pemuliharaan ke atasnya.
 
 
5.            PENJELASAN PROGRAM
               
Negeri Terengganu Darul Iman telah melalui liku-liku sejarah silam yang berbagai menyebabkan Negeri Terengganu begitu terkenal dan kaya dengan budaya dan kesan sejarah. Bukti nyata kepada penjelasan ini ialah dengan adanya kesan-kesan berbentuk fizikal dan struktur yang merupakan manifestasi dan lambang keagungan sejarah silam. Sewajarnya keagongan ini dan ketinggian kesenian teknologi senibina silam yang menjadi lambang kegigihan dikekalkan untuk tatapan serta penghayatan generasi akan datang.
 
Untuk merealisasikan matlamat serta tujuan program ini, bahagian ini di pertanggungjawabkan untuk membangunkan atau membina semula serta menjalankan kerja-kerja membaikpulih terhadap monumen dan tapak tanah bersejarah.