Imbas QR Kod
QRCode
      sila klik
 

Konservasi - Pemuliharaan Koleksi

Ditulis pada . di dalam Uncategorised

JUSTIFIKASI AKTIVITI

1.            AKTIVITI : MUZIUM DAERAH DAN KONSERVASI

2.            MAKSUD :

3.            PROGRAM : KONSERVASI - Pemuliharaan Koleksi

4.            TUJUAN AKTIVITI

Memulih dan memelihara bahan-bahan koleksi Muzium adalah tujuan utama aktiviti bagi unit ini. Melalui aktiviti pulih dan pelihara seperti ini akan dapat melindungi bahan-bahan warisan dari terdedah kepada faktor yang boleh menyebabkan kerosakan dan kemusnahan. Bahan warisan ini penting untuk dikekalkan bagi generasi akan datang mengenali sejarah bangsa dan budaya sendiri disamping memudahkan pengkaji seluruh dunia untuk mengenali sejarah dan budaya tempatan.

5.            PENJELASAN AKTIVITI

Kerja-kerja pemuliharaan atau konservasi dibahagikan kepada 2 jenis :-

  1. Konservasi preventif (pencegahan) – untuk mencegah atau mengurangkan kerosakan artifak muzium dengan menstabilkannya dan  mengawal suasana persekitarannya.
  2. Konservasi Restoratif (baikpulih) – iaitu kerosakan yang sudah terjadi, dianalisa dan dijalankan kerja pemulihan keatasnya agar kembali seperti keadaan asal.