Imbas QR Kod
QRCode
      sila klik
 

Galeri Sumber Alam

Ditulis pada . di dalam Uncategorised


 

 

 
Galeri Ilmu Kejadian membawa tinjauan terhadap koleksi flora, fauna, batuan serta mineral yang terdapat di bumi negeri Terengganu. Hampir 80 peratus daripada bahan yang dipamerkan di galeri ini terdiri daripada koleksi fauna yang merangkumi hidupan mamalia seperti koleksi daripada beberapa jenis harimau, kera, kongkang, siamang, musang, beruang, tupai, kambing gurun dan pelbagai lagi haiwan yang hampir pupus di negara kita ini.

Di samping koleksi mamalia, kehidupan serangga juga diperlihatkan dalam suasana tamannya yang sebenar. Begitu juga dengan koleksi burung, kepelbagaian sarang-sarangnya boleh dilihat bersekali dengan contoh telur burung-burung berkenaan. Akhir sekali sampel-sampel batuan dan mineral sebagai penyumbang utama bagi kemajuan ekonomi sesebuah negeri seperti emas, bijih besi, arang batu dan lain-lain lagi turut dipamerkan di sini. Dari itu, sama-samalah mulakan ekspedisi anda di Galeri Ilmu Kejadian.