Imbas QR Kod
QRCode
      sila klik
 

Galeri Pelayaran dan Perdagangan

Ditulis pada . di dalam Uncategorised


 

 

Bagi mengabadikan sejarah silam masyarakat pelayar tradisi di Negeri Terengganu, maka pihak Muzium Negeri telah membangunkan sebuah galeri yang dinamakan Galeri Pelayaran dan Perdagangan di Bahagian Muzium Maritim. Galeri ini terletak di pinggir sungai Terengganu dan rekabentuk bangunannya berkonsepkan rumah tradisional Melayu iaitu Bujang Berserambi.

Antara bahan-bahan yang dipamerkan di galeri ini ialah koleksi yang memperlihatkan sejarah dan latar belakang perahu-perahu besar yang pernah digunakan untuk berdagang pada satu masa dulu di negeri ini. Kemasyhuran aktiviti tersebut memberi gambaran bahawa negeri Terengganu adalah bumi pelaut dan pelayar. Bahan-bahan yang turut dipamerkan termasuk model jenis-jenis perahu besar, peralatan-peralatan tradisional yang digunakan dalam proses pembinaan, alat-alat pelayaran, pedoman dan sebagainya.

Koleksi yang paling menarik adalah dua buah perahu besar asal, yang sempat diselamatkan untuk diabadikan di tapak pameran Muzium Negeri, berdekatan galeri tersebut. Perahu besar tersebut dinamakan SABAR dan KEMAJUAN.