Imbas QR Kod
QRCode
      sila klik
 

Objektif Muzium

Ditulis pada . di dalam Uncategorised

Objektif Muzium

Penubuhan Muzium Negeri adalah berlandaskan kepada beberapa objektif tertentu sebagai garispandu dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti . Di antaranya adalah:-

  • Menyelamatkan warisan sejarah dan budaya dengan cara memungut, memelihara, menyimpan dan mempamerkan barang-barang lama dan baru yang mempunyai nilai sejarah dan budaya Negeri Terengganu Darul Iman khasnya dan Malaysia amnya.
  • Untuk menjalankan penyelidikan di dalam beberapa cabang kebudayaan Negeri Terengganu Darul Iman khasnya supaya penerangan mengenainya dapat disebarkan kepada orang ramai sebagai sumber pengetahuan, pendidikan serta semangat kebangsaan.
  • Untuk menjalankan penyelidikan sejarah, negeri, tokoh dan disebar kepada masyarakat bertujuan melahirkan semangat cintakan negeri dan negara serta hormat kepada pemerintah sekaligus mewujudkan fasa persefahaman yang lebih erat dalam kalangan ahli masyarakat.
  • Untuk menjalankan penyelidikan dan pemuliharaan terhadap flora, fauna dan batu-batan yang terdapat di seluruh Negeri Terengganu Darul Iman khasnya dan di Malaysia amnya.
  • Untuk menjalankan penyelidikan dan pemuliharaan terhadap monumen dan tapak tanah bersejarah yang terdapat di seluruh Negeri Terengganu.
  • Untuk menggalakkan perkembangan industri pelancongan negeri khasnya dan negara amnya.

  • Untuk memperkenalkan konsep Muzium Hidup kepada ahli masyarakat sekaligus memberi peluang kepada mereka mengambil bahagian di dalam program yang berkaitan muzium ini.