HEBAHAN

  • TIADA KEKOSONGAN JAWATAN BUAT MASA INI. Sekiranya, anda ada menerima sebarang makluman BUKAN daripada PORTAL RASMI MUZIUM NEGERI TERENGGANU yang TERKINI, sila abaikan. Maklumat lanjut anda boleh menghubungi terus KETUA BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN INTEGRITI, Puan Nik Nurul Nadia binti Nik Pa di talian .09-632.1207. Terima kasih dan Harap Maklum.

  • PENAFIAN BAHASA : Tuan/Puan yang dikasihi sekalian, laman yang akan dipaparkan selepas proses pengalihan bahasa adalah secara automatik oleh komputer. Kebarangkalian untuk kandungan itu berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi daripada kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal yakni di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Terima kasih didahulukan dan harap maklum.

Logo Muzium

Ditulis pada . di dalam Uncategorised

Lambang Lembaga Muzium Negeri Terengganu

Lambang Lembaga Muzium Negeri Terengganu telah diambil keputusan dalam Mesyuarat Lembaga Muzium Negeri Terengganu Kali Ke-10 yang telah diadakan pada 4 Oktober 1979.

Bentuk Lambang

-     Lambang Lembaga Muzium Negeri Terengganu ini berbentuk 6 segi iaitu melambangkan negeri Terengganu ini mempunyai 6 daerah

Ukiran Tepi Keliling

-     Di tepi keliling berukiran awan larat perang yang melambangkan seni tradisi Terengganu

Tanah Hijau

-     Warna hijau ialah simbol keislaman yang berkekalan dari zaman dahulu lagi.

Jata Kebesaran Negeri Terengganu

-  Mahkota yang mengandungi pedang, keris panjang, cokma, Al-Quran, buku undang-undang, tampan wali, bulan bintang melambangkan pemerintahan DiRaja yang beragama Islam

Batu Bersurat

-     Batu Bersurat melambangkan warisan sejarah kedatangan Islam di Terengganu

Keliling Tepi Putih Hitam

i.     Putih menunjukkan negeri di bawah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan
ii.    Lingkungan hitam menunjukkan rakyat