Imbas QR Kod
QRCode
      sila klik
 

Definisi Muzium

Ditulis pada . di dalam Uncategorised

Pada zaman klasik Yunani, Muzium turut dikenali sebagai 'A place sacred to the Muse specifically, the great institution fot literature and scientific studies built and equipped by ptolomy I at Alexandria, which was virtually a university of Hellesnistic world'

Muzium pertama dipercayai telah ditubuhkan di Iskandariah, Mesir pada abad ke 3 sebelum Masehi. Sejak itu institusi mula mendapat perhatian ramai terutama daripada cendekiawan dan para ilmuan berlumba-lumba memberikan definisi muzium yang paling sesuai.

Geo Brown Goode (1895) mendefinisikan muzium sebagai 'An institution for the preservation of those objects which best illustrate the phenomena of nature and the work of man, and utilization of these to increase knowledge and for the culture and the enlightenment of the people'

Dalam pada itu terdapat beberapa definisi berbentuk sementara atau masih kabur yang diutarakan. Majlis Muzium Antarabangsa ( ICOM ), Kesatuan Muzium Kanada ( CMN ) dan Kesatuan Muzium America (AAM) mendefinisikan muzium berlandaskan kepada fungsi dan pengurusannya serta bidang-bidang yang berkaitan dengan institusi tersebut.

ICOM pada Mesyuarat Agongnya 1974 menggariskan definisi Muzium sebagai 'Institusi bersifat tetap, tidak mencari keuntungan, memberi khidmat kepada masyarakat dan perkembangannya, terbuka kepada umum, memperolehi, merawat, menghubungkan dan mempamerkan untuk tujuan pembelajaran, pendidikan dan hiburan, bukti-bukti tinggalan manusia dan persekitarannya.

Tindak balas daripada definisi ini, beberapa aktiviti dan bidang dikaitkan sama sebagai sokongan. Antaranya Muzium ditakrifkan juga sebagai institusi yang terlibat dengan :-

i. Pemuliharaan, pameran dan Pusat Arkib

ii. Pemuliharaan dan pengekalan alam semulajadi

iii. Arkeologi, Ethnologi, Monumen dan Tapak Tanah bersejarah

iv. Pameran benda hidup seperti Taman Botani, Zoologi,Akuarium dan sebagainya.

v. Pusat Sains dan Planetarium

Berdasarkan kepada definisi tersebut, tidak dapat dinafikan bahawa Muzium memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan, kebudayaan dan pembangunan ekonomi bagi setiap negara dan masyarakat. Malah Muzium turut membentuk dan mengambil bahagian yang utama membangunkan masyarakat dan negara melalui peranannya yang berbagai (Multifunctional role).

Sehubungan itu, pada 1989 Kesatuan Muzium Great Britain ( MAGB ) telah mendefinisikan Muzium dalam bentuk yang lebih mudah untuk difahami. Institusi Muzium ditakrifkan sebagai 'An institution which collects, documents, preserves, exhibits and interprets material evidence and associated information for public benefit'.

Di Malaysia, Muzium pada peringkat awalnya dikenali sebagai 'Sekolah Gambar' kerana selain artifek arkeologi, gambar-gambar bersejarah turut dipamerkan dengan banyaknya di dalam bangunan Muzium.

Bagaimanapun peredaran masa dan pertambahan pengalaman serta pengetahuan golongan tertentu terutama yang ada kaitan langsung dengan pengurusan dan aktiviti Muzium telah berjaya membentuk identiti baru Muzium. Hal ini turut mengubah pandangan orang ramai terhadap institusi tersebut.

Biarpun terdapat berbagai bentuk tanggapan dan definisi yang berbeza terhadap institusi Muzium, namun begitu adalah tepat jika Muzium itu diterangkan melalui aktiviti serta kemampuan yang ditunjukkan oleh sesebuah Muzium itu. Kejayaan sesebuah Muzium menangani segala permasalahan yang ada dalam usaha mencapai objektif penubuhannya adalah bergantung sepenuhnya kepada keupayaan dan rasa tanggungjawab kakitangannya. Oleh yang demikian sesebuah Muzium itu adalah sesuai didefinisi berdasarkan kemampuan serta kejayaan yang ditunjukkan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dengan bersandar kepada fungsi dan garis objektifnya.