Imbas QR Kod
QRCode
      sila klik
 

Perutusan Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu

Ditulis pada . di dalam Profail

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya mengucapkan salam hormat dan Selamat Datang Ke Portal Rasmi Muzium Negeri Terengganu kepada semua pengguna internet di seluruh dunia.

Portal Rasmi Muzium Negeri Terengganu merupakan satu wadah dan saluran penyebaran maklumat dan informasi khususnya yang berkaitan dengan Muzium Negeri Terengganu samada daripada aspek dalaman ( internal ) ataupun aspek luarannya ( external ) kepada seluruh ahli masyarakat di seluruh dunia.

Di samping itu Portal Rasmi ini turut memuatkan segala agenda, aktiviti serta program yang dianjurkan oleh Muzium Negeri Terengganu dari masa ke semasa. Ini sudah tentu dapat membuka ruang dan peluang kepada seluruh pengguna internet di seluruh dunia untuk mendapatkan segala imformasi berkaitan dan seterusnya dapat berkomunikasi dengan Muzium Negeri Terengganu pada bila-bila masa, sesuai dengan konsep ‘paperless technology’ ke arah ‘borderless world’.

Akhir kata, saya berharap agar Portal Rasmi Muzium Negeri Terengganu akan dapat memberikan seribu satu macam imformasi dan seribu satu macam pengalaman baru kepada semua.

Selamat melayari
Portal Rasmi Muzium Negeri Terengganu.

Sekian. Terima kasih.

(Haji Mohd Yusof bin Abdullah)
Pengarah Muzium Negeri Terengganu