HEBAHAN

  • OPERASI WAKTU GALERI

    Bermula Mac 2018, operasi Galeri Muzium Negeri Terengganu akan ditutup pada hari Jumaat berkuatkuasa serta-merta. Harap maklum. Sekian, terima kasih.

  • TIADA KEKOSONGAN JAWATAN BUAT MASA INI. Sekiranya, anda ada menerima sebarang makluman BUKAN daripada PORTAL RASMI MUZIUM NEGERI TERENGGANU yang TERKINI, sila abaikan. Maklumat lanjut anda boleh menghubungi terus KETUA SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN, Puan Noraini binti Shamsuddin di talian .09-632 1212. Terima kasih dan Harap Maklum.

  • PENAFIAN BAHASA : Tuan/Puan yang dikasihi sekalian, laman yang akan dipaparkan selepas proses pengalihan bahasa adalah secara automatik oleh komputer. Kebarangkalian untuk kandungan itu berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi daripada kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal yakni di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Terima kasih didahulukan dan harap maklum.
  • Pertandingan Melukis Citra Terengganu Kategori Terbuka 2018, Lembaga Muzium Negeri Terengganu.
     
    Tarikh pertandingan ialah pada
    • ( Sabtu) 13 Oktober hingga (Ahad) 14 Oktober 2018 bagi kategori I (Spontan) dan
    • ( Ahad ) 1 Julai 2018 hingga (Ahad) 23 September 2018 bagi kategori II (Karya Siap).
    Pertandingan akan diadakan di Perkarangan Muzium Negeri, Lembaga Muzium Negeri Terengganu (bagi Kategori Spontan). Sila klik DI SINI untuk muat turun borang pertandingan. Terima kasih.
Print

Rumah Warisan Haji Su, Lembaga Muzium Negeri Terengganu

 
 
Kerja-kerja konservasi Rumah Haji Su bermula pada Jun 2014 dan berakhir pada penghujung Februari 2016. Di atas 3 lot tanah yang meliputi kawasan  seluas 0.4 hektar di Kampung Losong Haji Su, Kuala Terengganu. Terengganu, Malaysia  terdirinya  Rumah Limas Belanda (1940an) dan Rumah Bujang Berpeleh Berkembar Tiga (1850). 
 
Rumah bersejarah ini pada asalnya  dimiliki oleh  Allahyarham Haji Su Mohammed Salleh bin Haji Mohammed seorang tokoh yang sangat  berpengaruh dan merupakan pedagang kaya yang telah banyak memberikan sumbangan kebajikan di daerah ini. 
 
Pihak Kerajaan Negeri Terengganu melalui Lembaga Muzium Negeri Terengganu telah mengambil alih warisan beharga ini untuk dibaikpulih dan dikekalkan sebagai sumber ilmu yang sangat penting kepada generasi hari ini dan akan datang. Ianya melambangkan kemajuan teknologi tradisional, ketinggian nilai senibina dan budaya Melayu.

ANUGERAH PENCAPAIAN MUZIUM

DIREKTORI MUZIUM